> Change language to English

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB LOOKUP
RED BOOK AUTOMOTIVE DATA SERVICES (M) SDN BHD (645546-U)

PERINGATAN:
KEBENARAN UNTUK MENGAKSES KEPADA LAMAN WEB LOOKUP INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PERSETUJUAN ANDA MENURUTI SEGALA SYARAT DAN PERATURAN YANG DIGARISKAN DIBAWAH. ANDA AKAN DIMINTA UNTUK BERSETUJU KEPADA SEMUA SYARAT-SYARAT TERSEBUT PADA DAFTAR MASUK YANG PERTAMA.

DEFINASI perkataan-perkataan yang digunakan di dalam perjanjian ini:
Maklumat” bermaksud segala maklumat yang terkandung didalam laman web Lookup ini yang berkaitan dengan pengenalan dan penerangan kenderaan bermotor, nilai anggaran runcit dan borong dan anggaran nilai masa hadapan keatas kenderaan-kenderaan tersebut (dalam keadaan baru).

 “Hak Harta Intelek” bermaksud
(a) semua hak dibawah Akta Hak Cipta Terpelihara BE 2537;
(b) semua hak dibawah Perlindungan Susun Atur – Akta Reka Bentuk Litar Bersepadu  Act BE 2543;
(c) semua paten dan aplikasi paten yang terkandung didalam Akta Paten BE 2522 seperti yang telah dipinda oleh Akta Paten (No 2) BE 2535 dan Akta Paten (No 3) BE 2542;
(d) semua reka bentuk dan aplikasi berdaftar untuk pendaftaran reka bentuk yg terkandung didalam Akta Paten BE 2522 seperti yang telah dipinda oleh Akta Paten (No 2) BE 2535 dan Akta Paten (No 3) BE 2542; dan
(e) semua tanda perdagangan yang berdaftar dan tidak berdaftar, permohonan pendaftaran yang terkandung didalam Akta Tanda Perdagangan BE 2534 seperti yang telah dipinda oleh Akta Tanda Perdagangan (No 2) BE 2543 dan oleh lain-lain nama atau logo atau peralatan;
dan semua hak-hak yang seumpamanya.

Tempoh” bermaksud 12 bulan.

1. LESEN

1.1 Ini merupakan satu lesen yang memberikan anda hak yang terhad untuk menggunakan Maklumat secara bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik. Anda bukanlah pemilik Maklumat ini. Red Book merupakan pemilik mutlak keatas semua Maklumat dan imej-imej yang terkandung didalamnya, atau yang dihasilkan oleh laman web Lookup beserta data yang bersamanya.
1.2 Kecuali hingga takat tertentu yang dinyatakan bertentangan dalam terma-terma dan syarat-syarat berikut, Red Book tidak dikehendaki menyokong Maklumat atau laman web Lookup, samada dengan menyediakan nasihat, latihan atau pembetulan kesilapan atau sokongan lain. Anda bertanggung jawab mendapatkan dan menyenggarakan, atas perbelanjaan sendiri, semua perkakasan, perisian, peralatan komunikasi dan akses talian yang perlu untuk mengakses dan menggunakan Maklumat.
 
1.3 Red Book telah memberikan anda kata laluan untuk mengakses Maklumat tersebut melalui internet. Anda bertanggung jawab mengekalkan kerahsiaan kata laluan ini dan bertanggung jawab atas semua aktiviti dan bayaran yang dikenakan hasil penggunaan kata laluan ini.

1.4 Red Book boleh, mengikut budi bicaranya, menambah, menghenti atau menyemak mana-mana aspek Maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan Maklumat itu atau perkakasan atau perisian yang diperlukan untuk anda mengakses Maklumat tersebut.

2. SYARAT-SYARAT LESEN

2.1 Maklumat hanya boleh diakses atau diguna menurut Perjanjian ini.

2.2 Anda tidak boleh meminjamkan, menyewakan, mengedarkan atau dengan apa-apa cara lain memberikan Maklumat ini kepada mana-mana pihak ketiga.

2.3 Anda mesti pastikan Maklumat ini diperlihatkan dan dipertunjukkan oleh anda dalam cara yang sama sepertimana Maklumat ini dibekalkan oleh Red Book termasuk semua hak cipta, cap dagangan dan notis lain, dan penafian.

2.4 Dalam Tempoh terma Perjanjian, Red Book boleh mengemaskini Maklumat dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya. Pengemaskinian ini mungkin berlaku secara automatik tatkala anda mengakses Maklumat atau mungkin melalui mesej bantu-ingat yang terpampang pada skrin komputer sewaktu pengaksesan Maklumat.

5. KEJURUTERAAN BALIKAN

Kecuali hingga takat yang dibenarkan oleh Akta Hakcipta BE 2537, anda tidak boleh memasang balik atau menyusun balik atau secara langsung atau tidak langsung membenarkan atau menyebabkan pihak ketiga memasang balik atau menyusun balik kesemua atau mana-mana bahagian Maklumat.

6. KESELAMATAN


6.1 Anda bertanggung jawab dalam penyeliaan, pengurusan dan pengawalan Maklumat.

6.2 Anda mesti menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan Maklumat dilindungi setiap masa dalam tempoh Perjanjian ini daripada pengaksesan atau penggunaan yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga dan daripada penyalahgunaan fizikal, kerosakan atau kemusnahan oleh sesiapa sahaja.

6.3 Anda tidak boleh membuat pautan teks ke laman web Lookup.
7. RISIKO DAN HAK

Anda tidak mempunyai hak berhubung Maklumat ini selain daripada apa yang ditentukan dalam Perjanjian ini.

8. HAK HARTA INTELEKTUAL

Semua hak cipta yang termaktub dalam Akta Hakcipta BE 2537 terdapat pada Red Book. Selain daripada urus niaga yang adil bagi tujuan pembelajaran persendirian, kajian, kritikan atau ulasan seperti yang dibenarkan di bawah Akta Hakcipta BE 2537, mana-mana bahagian Red Book ini tidak boleh dihasil semula, disalin atau disalur dalam apa bentuk atau cara sekalipun (samada elektronik, mekanik atau grafik) tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Red Book. Mana-mana salinan bagi urus niaga adil yang dibenarkan di bawah Akta Hakcipta BE 2537 mesti disertakan kenyataan bahawa hasil kerja itu adalah hakcipta RED BOOK AUTOMOTIVE DATA SERVICES (M) SDN BHD (645546-U). Anda mengakui bahawa Maklumat ini dikenakan hakcipta. Anda tidak boleh membenarkan apa-apa perlakuan yang melanggar hakcipta ini.

9. PEMBATASAN LIABILITI

9.1 Red Book telah menyediakan Maklumat dengan suci hati. Red Book tidak mengatakan atau menjamin bahawa Maklumat ini boleh dipercayai, tepat atau lengkap, atau bahawa perkhidmatan ini tidak akan terganggu atau bebas daripada kesilapan.

9.2 Semua terma, syarat, jaminan, janji atau pernyataan berkaitan Maklumat ini, hingga ke takat penuh yang dibolehkan oleh undang-undang, tidak dikira. Tanpa membataskan keluasan makna ayat sebelum ini, Red Book melepaskan semua liabiliti (selain daripada liabiliti yang tidak boleh dilepaskan menurut undang-undang) berkaitan kehilangan atau kerosakan (termasuk kehilangan atau kerosakan secara langsung atau lanjutan seperti, tanpa dibataskan kepada, kehilangan keuntungan atau keuntungan jangkaan, kehilangan data, kehilangan kegunaan, kerosakan ke atas nama baik dan kehilangan akibat kelewatan) tidak kira bagaimana itu berlaku (termasuk tanpa dibataskan kepada mungkir kontrak, kecuaian dan/atau mungkir status) yang mungkin dialami atau berlaku atau yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas Maklumat.

9.3 Jika mana-mana Akta mencadangkan (berkaitan Maklumat) apa-apa terma, syarat atau jaminan dan Akta itu mengelak atau melarang peruntukan dalam kontrak mengenepikan atau meminda aplikasi, pengamalan, atau liabiliti di bawah terma, syarat atau jaminan itu, terma, syarat atau jaminan itu harus dikira termasuk di dalam terma-terma penggunaan Maklumat dengan syarat liabiliti Red Book bagi pemungkiran terma, syarat atau jaminan yang berkenaan dihadkan kepada, atas pilihan Red Book, mana-mana satu atau lebih daripada yang tersebut di bawah:

(1) Jika kemungkiran itu berkaitan barang-barang:
(a) Penggantian barang-barang atau pembekalan barang-barang yang sama nilai; atau
(b) Bayaran kos menggantikan barang-barang atau memperolehi barang-barang yang sama nilai;
atau

(2) Jika kemungkiran itu berkaitan perkhidmatan:
(a) Pembekalan semula perkhidmatan; atau
(b) Bayaran kos mendapatkan bekalan perkhidmatan semula.

10. TANGGUNG RUGI
Anda melindungi Red Book dari segala kerugian dan liabiliti termasuk kesemua kos guaman (keatas peguam cara dan klien mereka atau perlindungan ganti rugi sepenuhnya, yang mana satu mempunyai nilai tertinggi) dan lain-lain perbelanjaan yang terhasil secara langsung atau tidak langsung, hasil dari keputusan atau berhubung kait dengan penggunaan Maklumat, atau berhubung kait dengan mungkir janji anda keatas ke semua terma dan syarat samada jelas atau tersirat.

11. PENAMATAN

Perjanjian ini tertamat apabila anda gagal memperbaharui langganan. Jika anda memungkiri perjanjian ini, Red Book boleh menamatkan lesen ini serta merta dengan memberitahu anda secara bertulis. Tatkala penamatan perjanjian atas apa-apa sebab, anda mesti memulangkan semua salinan Maklumat termasuk apa-apa kaedah menghasil-semula maklumat, dan mengeluarkan Maklumat ini daripada komputer anda.
12. KESELURUHAN PERJANJIAN:

Semua terma dan syarat berikut mewakili keseluruhan perjanjian diantara Red Book dan anda keatas semua perkara yang berkenaan dengan terma dan syarat tersebut.



Saya Setuju Saya Tidak Setuju